Taman Desa Rusa merupakan suatu penempatan yang strategik di mana lokasinya berhampiran dengan sekolah menengah, sekolah rendah, pantai perkelahan, pasar tani dan pasar malam. Untuk itu Taman Desa Rusa amat bertuah dan mendapat sambutan untuk didiami.
Jumlah keseluruhan rumah di taman ini adalah 403 buah rumah dan 5 buah daripadanya masih dalam pembinaan. Namun begitu, Taman Desa Rusa Fasa 2 juga sedang giat dibangunkan sesuai dengan sambutan dan kedudukannya yang strategik.
Taman Desa Rusa mula diduduki pada awal bulan Disember 2000. Pada ketika itu, jumlah rumah yang diduduki boleh dibilang , dengan kata lain, masih banyak lagi rumah yang belum didiami. Taman Desa Rusa Terdapat 3 jenis reka bentuk rumah di Taman Desa Rusa iaitu:
1. Rumah Kos Sederhana Satu Tingkat
2. Rumah Kos Sederhana Dua Tingkat
3. Rumah Kos Rendah Dua Tingkat
Kini Taman Desa Rusa kian berubah wajah dengan pesat sekali sejajar dengan pembangunan di Daerah Port Dickson. Kemudahan asas seperti Balai Raya (kini Balai Komuniti) dan Surau mula dibina dan diguna pakai pada tahun 2002. Semoga Taman Desa Rusa terus memacu kemajuannya mengikut acuan tersendiri melalui kepimpinan yang dibentuk dan sokongan komuniti Taman Desa Rusa.
Tuesday, January 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment