Tuesday, January 26, 2010

Jawatan Kuasa TDR Generasi Kedua

Kepimpinan Jawatan Kuasa TDR Generasi Kedua diterajui oleh:-

Pengerusi: En. Mokhtar bin Rahman
Naib Pengerusi: En. Mohd. Yusof bin Najib
Setiausaha: En. Zamrus bin Mohd Sharif
Bendahari: En. Mohd Zaimi bin Jaafar
AJK: akan dimaklumkan kemudian

Era kepimpinan En. Mokhtar bin Rahman menyaksikan perubahan yang ketara khususnya sokongan komuniti TDR menjayakan aktiviti melalui penglibatan komuniti TDR secara menyeluruh daripada orang dewasa, wanita, remaja dan kanak-kanak.

Aktiviti Gotong Royong TDR, Ceramah Keselamatan, Pamiran Keselamatan, penyampaian hadiah Kecemerlangan pelajar-pelajar menjadi senjata utama untuk menghidupkan kesejahteraan dan keharmonian di TDR.

Cabaran untuk mentadbir TDR bukanlah suatu perkara yang mudah, komitmen dan kesungguhan menjadi elemen penting untuk terus memacu kemajuan TDR.

Jasa dan pengorbanan Jawatan Kuasa TDR Generasi Kedua amat besar dan tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit. Sehubungan itu, ucapan terima kasih dan syabas diucapkan pada Jawatan Kuasa TDR Generasi Kedua atas usaha dan gembelingan tenaga tanpa apa-apa imbuhan berjaya meletakkan TDR pada suatu tahap yang boleh dibanggakan khususnya dalam Daerah Port Dickson.

No comments:

Post a Comment