Tuesday, January 26, 2010

Koleksi Potret Mesyuarat JK TDR 1/2010




Mesyuarat Jawatan Kuasa Persatuan Penduduk Taman Desa Rusa Kali Pertama 2010 telah diadakan pada:

Tarikh: 11 Januari 2010
Masa: 9.00 malam
Tempat: Balai Komuniti TDR

Berikut adalah beberapa potret yang dirakam sewaktu mesyuarat di atas dijalankan:

Senarai JK TDR 2010 mengikut Jawatan

Mesyuarat Jawatan Kuasa Persatuan Penduduk Taman Desa Rusa Kali Pertama 2010 telah diadakan pada:

Tarikh: 11 Januari 2010
Masa: 9.00 malam
Tempat: Balai Komuniti TDR

Dalam mesyuarat tersebut, penetapan Jawatan Kuasa mengikut bidang kuasa tertentu berdasarkan perjawatan berikut:

Pengerusi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan
En. Zamrus bin Mohd Sharif

Naib Pengerusi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kaum India
En. Pannir Selvam

Setiausaha Agong
En. Buyong bin Zainal Abidin

Bendahari Agong merangkap Pengerusi Ekonomi
Pn. Fauziah bt Abdul Halim

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Sosial
En. Ismail bin Muhammad Ishak

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Taman
En. Hashim bin Mohd Sidek

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Modal Insan
En. Muzafar Shah bin Hj Ithnin

Pengerusi Jawatankuasa Keceriaan Taman dan Kesihatan
En. Norisham bin Wahab

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Harta
En. Robaik bin Hamidin

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita
Pn. Fauziah bt Haroon

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Kebudayaan
En. Jaafar bin Khamis

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam
En. Abu Kassim bin Hassan

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita India
Pn. Selvi a/p Velu

Naib Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Ekonomi
En. Rosli bin Salleh

Naib Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal India
En, Selvam a/l Machappu

Pemeriksa Kira-kira

En. Mohammad Shafie bin Hamir

Jawatan Kuasa TDR Generasi Ketiga (2010-2012)

Pada 13 Disember 2009, Mesyuarat Agung Taman Desa Rusa Kali Ke-3 telah diadakan di Balai Komuniti TDR, jam 9 malam.

Dalam mesyuarat tersebut, Jawatan Kuasa TDR bagi penggal 2010-2012 telah dibentuk atas persetujuan warga TDR. Pembentukan JK TDR ini amat penting untuk memacu hala tuju TDR ke arah kegemilangan bukan hanya untuk komuniti TDR, malah mencakupi, Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan dan Malaysia agar nama Taman Desa Rusa terus gah mencipta nama dan kecemerlangan melalui komitmen JK dan juga barisan kepimpinan yang sedia ada, iaitu UMNO Cawangan TDR, Surau Al-Ansar TDR dan Gerakan Belia 4B TDR.

Berikut adalah senarai JK Persatuan Penduduk Taman Desa Rusa 2010-2012:

Pengerusi: En. Zamrus bin Mohd Sharif
Naib Pengerusi: En. Pannir Selvam
Setiausaha: (Perlantikan Pengerusi)
Bendahari: (Perlantikan Pengerusi)
AJK: En. Jaafar bin Khamis, En. Muzafar Shah bin Hj Ithnin, En. Hashim bin Mohd Sidek, En. Rosli bin Salleh, En. Abu Kassim bin Hassan, En. Buyong bin Zainal Abidin, En. Ismail bin Muhammad Ishak, En. Norisham bin Wahab, Pn. Fauziah bt Abdul Halim, Pn. Selvi a/p Velu, Pn. Fauziah bt Haroon, En, Selvam a/l Machappu
Pemeriksa Kira-kira: En. Mohammad Shafie bin Hamir

Jawatan Kuasa TDR Generasi Kedua

Kepimpinan Jawatan Kuasa TDR Generasi Kedua diterajui oleh:-

Pengerusi: En. Mokhtar bin Rahman
Naib Pengerusi: En. Mohd. Yusof bin Najib
Setiausaha: En. Zamrus bin Mohd Sharif
Bendahari: En. Mohd Zaimi bin Jaafar
AJK: akan dimaklumkan kemudian

Era kepimpinan En. Mokhtar bin Rahman menyaksikan perubahan yang ketara khususnya sokongan komuniti TDR menjayakan aktiviti melalui penglibatan komuniti TDR secara menyeluruh daripada orang dewasa, wanita, remaja dan kanak-kanak.

Aktiviti Gotong Royong TDR, Ceramah Keselamatan, Pamiran Keselamatan, penyampaian hadiah Kecemerlangan pelajar-pelajar menjadi senjata utama untuk menghidupkan kesejahteraan dan keharmonian di TDR.

Cabaran untuk mentadbir TDR bukanlah suatu perkara yang mudah, komitmen dan kesungguhan menjadi elemen penting untuk terus memacu kemajuan TDR.

Jasa dan pengorbanan Jawatan Kuasa TDR Generasi Kedua amat besar dan tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit. Sehubungan itu, ucapan terima kasih dan syabas diucapkan pada Jawatan Kuasa TDR Generasi Kedua atas usaha dan gembelingan tenaga tanpa apa-apa imbuhan berjaya meletakkan TDR pada suatu tahap yang boleh dibanggakan khususnya dalam Daerah Port Dickson.

Jawatan Kuasa TDR Generasi Pertama

Kepimpinan Jawatan Kuasa TDR pada awalnya diterajui oleh:-

Pengerusi: En. Abdul Aziz
Naib Pengerusi: En. Mokhtar bin Ibrahim
Setiausaha: En. Mohammad Shafie bin Hamir
Bendahari: Ustaz Bakri
AJK: akan dimaklumkan kemudian

Urusan pentadbiran JK TDR ini diadakan di rumah En. Abdul Aziz yang merupakan teraju utama kepimpinan TDR kerana ketika itu Balai Raya masih belum wujud lagi.

Hasil usaha mereka dan sokongan komuniti TDR serta Datuk Saini (ADUN Pasir Panjang), prasarana Balai Raya dan Surau diilhamkan dan dapat direalisasikan khusus untuk kemudahan komuniti TDR. Alhamdulillah, segala yang dirancangkan dimakbulkan oleh ALLAH SWT.

Latar Belakang TDR

Taman Desa Rusa merupakan suatu penempatan yang strategik di mana lokasinya berhampiran dengan sekolah menengah, sekolah rendah, pantai perkelahan, pasar tani dan pasar malam. Untuk itu Taman Desa Rusa amat bertuah dan mendapat sambutan untuk didiami.

Jumlah keseluruhan rumah di taman ini adalah 403 buah rumah dan 5 buah daripadanya masih dalam pembinaan. Namun begitu, Taman Desa Rusa Fasa 2 juga sedang giat dibangunkan sesuai dengan sambutan dan kedudukannya yang strategik.

Taman Desa Rusa mula diduduki pada awal bulan Disember 2000. Pada ketika itu, jumlah rumah yang diduduki boleh dibilang , dengan kata lain, masih banyak lagi rumah yang belum didiami. Taman Desa Rusa Terdapat 3 jenis reka bentuk rumah di Taman Desa Rusa iaitu:

1. Rumah Kos Sederhana Satu Tingkat
2. Rumah Kos Sederhana Dua Tingkat
3. Rumah Kos Rendah Dua Tingkat

Kini Taman Desa Rusa kian berubah wajah dengan pesat sekali sejajar dengan pembangunan di Daerah Port Dickson. Kemudahan asas seperti Balai Raya (kini Balai Komuniti) dan Surau mula dibina dan diguna pakai pada tahun 2002. Semoga Taman Desa Rusa terus memacu kemajuannya mengikut acuan tersendiri melalui kepimpinan yang dibentuk dan sokongan komuniti Taman Desa Rusa.